Klik-Klik

Friday 30 December 2011

tajuk hati dan lelaki-lelaki itu..

baru-baru ini hati aku terdetik menangis sepanjang hujung tahun..bahasa apakah itu..yer..bermula dengan ditinggalkan sang kekasih...bekas kekasih yang menuduh aku bermulut puaka (puaka tu keji di mata dia je)...kawan yang aku suka telah bertunang dengan orang lain dan lelaki yang bakal aku kenali....banyak lelaki yang berkaitan dengan aku nampaknya..tapi itula..lumrah manusia..harus jatuh dahulu dan perlu bangkit kemudian..ketahuilah..bukan aku pinta semua ini terjadi dan bukan aku hendak menyalahkan takdir..tapi ada hikmahnya disebalik semua ini..DIA nak aku tahu dan sentiasa bersyukur yang aku telah diberikan peluang untuk memilih yang terbaik dari mereka yang aku pernah kenal dulu...

Sang kekasih-yer aku akui kau seorang lelaki yang sangat baik, alim, memahami...tapi aku tak sangka kalau kau lebih percayakan kata-kata orang yang bukan ulama' yang percaya pada benda2 tahyul..sanggup kau menuduh ibuku sampai mcm tu sekali..aku rasa mungkin jodoh kau bukan dengan aku..tuhan tunjukkan diri kau yang sebenar..yang percaya pada benda2 tahyul..astaghfirullah al azim...mungkin kau seorang ustaz tapi hati kau bukan penuh dengan iman...aku doakan kau bahagia dengan perempuan dan keluarga yang tidak 'membela' apa2 langsung k..


Si bekas kekasih - ni magkuk lagi sorang..ok, aku bukan la bergaduh je dengan lelaki2 ini tapi dengan ini memang mangkuk sangat..pinjam duit aku jangan kata la..konon ckp nak bayar..bila kita mintak dia kata kita yang mengungkit..time dulu bercinta dia banyak laburkan duit..aku terpikir gak,dulu aku rasa duit pinjaman PTPTN aku pun banyak habiskan untuk dia je..dia pun berapa sen sangat yang keluarkan duit kat aku..then sepanjang keluar ngan kau pn aku je yang keluar duit..adoi..ada gak mangkuk yang macam ni kan..itu takpe lagi..da putus kami just jadi kawan..siap pinjam2 kete aku lagi tapi 1 sen pun tak bayar apa2..ingat dekat ke dia pinajm..sampai ke kelantan juga la baby aku pergi..omg..aku sendiri tak penah pergi sejauh itu kot..ok,sekarang memang aku tak pernah redhakan dan halalkan duit yang dia pinjam dulu..bukan niat nak balas dendan tapi nak dia sedar..aku bukan bekas kekasih yang senang2 nak pijak kepala aku dan buat aku macam sampah!!...ok,ni memang tengah marah...


Kawan mesra yang telah bertunang- aduhai..ni seorang kawan yang suka mengambil hati dan menghabiskan masa bersama..tapi mungkin aku tersalah sangka la kot..aku ingatkan dia syok kat aku tapi dia dah mula kenal dengan perempuan lain..dan dia pun baru je bertunang haritu..aku tak nak ckap banyak,jodoh kau memang bukan dengan aku, maka berbahagialah kau dengan wanita itu..walaupun aku tahu dalam2 ko tu ada yang tak brape nak betul akibat excident masa sekolah..hahahahahah (ooppss..aku tahu itu bukan lawak)..hopefully dapat kawen dan dapat anak eh...insyaallah..eh mana aku tahu yang dalam badan dia ada tak betul eh..hehehe..adala..aku kenal dengan famili dia so tahu la cket2 tentang famili dia..hehehe...



Lelaki yang baru dikenali--ok yang ini nak kata baru dikenali tak jugakk..dia menang dah lame aku kenal..since kenal dengan kakak dia la..and d 1st time aku nampak dia..hati aku tak la suke pada dia pn..dia pun mcm menyombong..tapi lama2 kami jd kawan..agak susah nak ambil hati dia sbb mulut dia boleh tahan bab2 nak mengata aku..huhu..tapi hati dia baik beb..yes i know..sblm ni kami berkenalan dalam laman muka buku je..nk chatting pn dalam laman muka buku..tapi ada satu hari pintu hati dia terbukak nak call aku pada hari jadi kakak dia..terkejut aku tau..sbb pakai no ofis jadi aku tak kenal sangat dan tak sempat angkat.bila aku try call balik,,orang pejabat dia ckp x thu sapa yang call..diorang pun pass la pd orng2 lain..sampai kat dia,dia kenakan aku..cakap ada 1 kes berkaitan dadah..ngok ngek betul..dalam hati aku da agak mcm mamat ni..hati aku berdegup kencang..and thats it..memang mamat ni..dia call sebab nak mintak tolong celebrate birthday ngan kakak dia but dia belanja la..tapi jangna  bgth kakak dia..so sweet..nak menmbantu aku belanja kakak dia la tu..tapi kakak dia sibuk pulak...ke kl katenyer..so tak dapat la aku jumpa dan celebrate bersama mereka..owh..takpela..insyaallah ada rezki nak keluar dengan bakal kakak ipar itu..hehhe..


ok itu jela saat yang bahagia yang aku alami ketika dengan lelaki yang baru ku kenal ini..tak tahula berapa lama boleh bertahan kan...cuba dan cuba sehingga jodoh aku bertemu dan bahagia hingga ke akhir hayat...lega rasanya bila dapat meluahkan sebab tak ada siapa nak dengan luahan hati aku ini kan..hmm...pendam dalam hati jela...haiisshhhhh.....

menangis di dalam hati

Salam jumaat..yer..jumaat aku dingin seperti pagi jumaat ini..bersedih mungkin..aku bersedih dan menangis di dalam hati..ya allah,kau je yang mengetahui apa yang berlaku atas diri aku..memang itu adalah kesilapanku..tapi aku bersedih sangat kerana bos aku pikir aku shj yang selalu membuat kesilapan..tolongla bos, saya bukan sengaje melakukan kesilapan itu berulang kali..tapi itu la diri saya..seorang yang tidak teliti apabila membuat kerja..yer saya akui..tapi itu tak bermakna saya membiarkan diri saya terus melakukan kesilapan..saya masih mencuba untk memperbaiki diri..aduhai..sedih sangat bila rasanya di mata bos, aku seorang yang tidak cekap membuat kerja dibandingkan dengan staf kesayangan dia..bukan aku tak terasa setiap kali dia memuji2 staf tersebut depan aku,dan aku cuba utk menjadi lebih baik dari dia..tapi kesilapan dia memang kau tak pernah nampak..bagi kau, dia seorang yang sempurna...

Aaarrrrggghhhh.....aku ingin keluar dari jabatan ini..aku tak sanggup untuk berada bawah seliaan dia lagi..lebih baik aku diletakkan di tempat lain..kenapala kita tak ada pilihan untuk menentukan tempat jabatan kita sendiri..yer..kata lah aku ini tidak sabar..bagaimana lagi harus aku lakukan...aku dah puas bersabar...mendiamkan diri mungkin lebih baik tapi bukan  dari soal kerja...sbgi contoh, rakan sekerja yang hampir sebulan tidak bertegur sapa...apa kess....di mata mereka aku yang memulakan pertengkaran ini kerana mereka tahu aku jenis happy go lucky tapi knp dgn dia aku tak bercakap...tao knp mereka tak tanya dengan 'dia' aka staf kesayangan bos yang terchenta itu...kenapa persoalan itu harus diajukan kepada aku..aku sendiri tak tahu kenapa dia mendiamkan diri tapi kenapa aku juga harus dipersalahkan...aku dalam dilema...aku tak nak ganggu hidup orang tapi orang lain melabelkan aku sbgi seorang yang bermasalah....aduhai teman...tolonglah...aku pun tak nak cari pasal dengan kau..kau dah memang terbaikkk...da dapat anugerahh..bukan aku..tapi kenapa diri kau tak penah puas hati dengan aku...aku sedihh....


kawan..satu je aku mintak..tolong dan bantu aku dalam kerja kita..demi unit kita,seksyen kita..aku pun tak nak calarkan imej seksyen kita yang orang kata makin lama makin lumpuh hanya sbb staf..aku luahkan dalam blog bkn sbb nak marah dengan kau tapi aku sedih sbb boas tak pandang kerja yang aku buat tapi pandang pada silap yang aku buat...aku sedih...menangis dalam hati seharian hari ini...............................................................................................................................................................................................

Friday 9 December 2011

Rakan Sekerja + Family Matter

Salam Maal Hijrah..
Yer aku tahu, telah pun lama berlalu awal muharam itu..tapi sempat lagi nak cakap Salam Maal Hijrah kan.. Untuk tahun nie dan bakal tahun 2012 yang akan menjelma sikit masa lagi aku nak perbaiki lagi kekurangan diri ni..umur aku pun makin meingkat kan..kena la fikirkan tentang masa depan sikit..eh,bukan pasal kahwin je tau..pasal benda2 lain gak..ok azam aku yang mula2 sekali aku nak mengecilkan balik badan aku..hehehe..yer aku tahu..itu angan2 dari 10 tahun lepas..hehehe..helo,10 tahun lepas i kecik lagi okey..sekarang ni je macam lain sikit aku membesar kan..huhu...okey,tajuk dah lari sikit..ok next aku punye azam adalah nak kumpul duit..ha yang ni pun tak tercapai lagi pada tahun ni..maklumlah pakai kete sendiri kan, bayar pun sendiri la..duit cukup2 untuk kereta je kan..tapi takpe,insyaallah rezeki tahun depan berganda-ganda..sapa tahu kan..seterusnya azam aku of course la nak mendirikan rumah tangga..cuma jodoh je belum ada lagi..insyaallah..doakan la lelaki itu terima aku seadanya..sekarang ini aku berkawan je dulu dengan dia..tapi dia tak cakap apa2 pun..kami berkawan jela dulu..insyaallah kalau ada jodoh tak ke mane pun kan..next azam aku yang paling penting adalah aku nak perbetulkan balik masalah yang melanda antara aku dengan member aku.ntah apela masalah kami..aku sendiri pun tak tahu ape yang aku buat sampai mengguriskan hati dia..hmm..doakan la kami berbaik semula seperrti dahulu sbb kami ni kena bekerjasama dalam kerja.. so nak tak nak kena la kami ni berbaik semula kan..

ok,azam aku tahun ni alhamdulliah adala yang dah tercapai tapi ada certain yang belum tercapai..doa2kan aku jadi lebih baik dari sebelum ini yer..lots of luv..thanks...=)

Tuesday 9 August 2011

9 Ramadhan

Salam bulan Ramadhan..
Sedar tak sedar bulan ramadhan telah tiba..yer,aku masih disini untuk menulis walau pun hanya kadangkala..
Tak banyak agenda sepanjang bulan ramadhan ini..
Bulan puasa ini banyak dugaan mencabar..melibatkan diri ni,keluarga,hati dan perasaan..banyak sangat la..nak dicerita satu persatu memang takkan habes...haisshhh....

Alhamdullillah..ada bonus..dengan baju raya pun tak beli lagi,persiapan raya pun takde buat lagi...takpe,rezki itu ada je kat mane-mane..yang penting kena banyak bersbar je..insyaallah tuhan akan bantu kita..amin..
Soal jodoh pun aku berserah pada tuhan je..andai aku ditakdirkan untuk hidup membujang untuk waktu ini,aku redha..tapi aku tetap berusaha untuk mencari peneman hidupku nanti..insyaallah..doakanlah...

ok lah, got to go now..bye..






Wednesday 27 April 2011

permulaan tahun 2011

assalamualaikum..

permulaan tahun 2011 aku. dah lama aku buat blog tapi aku diamkan diri..agak sibuk sikit dengan kerja..biasalah kan..mana ada kerja yang boleh habes..sampai mati pun kena kerja jugak..

ok la..untuk permulaan ini aku nak belajar balik menulis blog.. al-maklumlah dah dekat 2 tahun kot aku tinggalkan blog yang lame tu..kali ini penulisan kena la lebih santai dan difahami..cuba tengok kesilapan yang lalu dan cuba perbaiki kelemahan diri dari kesilapan yang lalu.. Hopefully, sesiapa yang tengok ini bantulah aku eh..

hmm..okey..just keep it up dan teruskan usaha.. sampai disini sahaja..mmmmuuaaahhh!!!