Klik-Klik

Friday 22 March 2013

Kaki terkena Jangkitan Kulat

Assalam..
Dear Diary..


Saya lupe nak kongsi..pada bulan lepas saya terkena jangkitan kulat..actually saya dah sakit ibu jari ni masa pergi bercuti ke PD..tapi masa tu ingatkan sakit kaki biasa je..so saya pun buat tak tahu jela..bermandi manda dengan ibu jari kaki yang berdarah jela masa tu...tak heran pun kan..tapi rupenya makin merebak jangkitan tu..ingatkan kaki kena cagu..huhu..rupa2nya kena jangkitan kulat..sampai 2 kali pergi hospital pun x elok2..last2 tunjuk kat bos dia kata pergi jumpa pakar..so buat appoinment kat hospital putrajaya,nasib baik petang tu jugak dapat jumpa pakar..ni gambaran luka kat kaki masa tu..





Sumber : knowyourmedicine.gov.my
 
JANGKITAN KULAT
 
Jangkitan kulat pada kulit biasanya berlaku pada tapak kaki, kemaluan, kulit kepala atau kuku.
 
TANDA-TANDA DAN SIMPTOM-SIMPTOM
 
ATHLETE’S FOOT (TINEA PEDIS)
 
Pada tapak kaki – pecah, gelembung, menggelupas di kawasan antara ibu jari kaki, kemerahan dan kegatalan. Dalam kes yang lebih teruk lagi, terdapat kulit yang lembab dan keputihan pada tapak kaki, kulit yang pecah dan jari yang tebal dan sakit. Baunya juga tidak menyenangkan.
 
FAKTOR PENYEBAB
 
ATHLETE’S FOOT (TINEA PEDIS)
Kulat membiak di bahagaian yang selalunya panas dan lembab seperti bahagian antara jari kaki, kemaluan dan antara kulit yang berlipat.
 
PENJAGAAN KENDIRI
 
ATHLETE’S FOOT (TINEA PEDIS)
·         Pastikan kaki dan kasut kering, keringkan kaki sebelum memakai stokin dan kasut.
·         Basuh kaki anda dengan sempurna dan rendam dua kali sehari ke dalam larutan pembersih.
·         Pakai stokin kapas
·         Keringkan bahagian di antara jari-jari
·         Sapu krim atau bedak antifungal sehingga 4 minggu walaupun kesan jangkitan telah hilang
·         Jangan gunakan krim steroid (hydrocortisone), mungkin jangkitan menjadi lebih teruk.
·         Basuh dan keringkan bilik air selepas menggunakannya bagi mengelakkan penyebaran jangkitan
·         Gunakan selipar yang diperbuat daripada getah dalam tandas, bilik air dan bilik mandi
 
RAWATAN
Antikulat digunakan untuk merawat jangkitan kulat. Bentuk dos yang digunakan bergantung kepada jenis jangkitan sama ada ubat sapu atau ubat makan. Antara antikulat yang biasa digunakan untuk rawatan adalah:
·         Fluconazole (Diflucan)
·         Amphoterecin B – antikulat yang lebih poten, bagi jangkitan yang lebih serius dan bagi rawatan jangkitan yang telah resistan dengan antikulat yang lain
·         Ketoconazole
·         Itraconazole
·         Terbinafine (Lamisil)
·         Caspofungin
·         Griseofulvin
 
HUBUNGI DOKTOR SEKIRANYA
  • Bengkak, kemerahan dan nanah semakin banyak
  • Krim atau bedak antifungal tidak menunjukkan sebarang perubahan terhadap simptom selepas 2 minggu, dan jika selepas 4 minggu tidak hilang kesemuanya.
  • Pesakit yang dijangkiti adalah pesakit kencing manis

**sedikit info yang boleh membantu...sekarang ni kaki saya masih ada parut..tapi saya pn silap..ada on off makan ubat..so pada yang terkena jangkitan ni segera jumpa pakar sebab pakar boleh bagi ubat air warna kuning tu..

6 comments:


  1. Jangkitan kulat memang mudah berlaku pada mereka yang kerap berpeluh, mempunyai kulit yang lembab dan kurang menjaga kebersihan kulit. Jangkitan kulat seperti Athelete's foot kerap mengambil masa yang lama untuk pulih. Untuk memastikan penyakit ini sembuh dengan cepat, kita harus menggunakan ubat anitfungus yang betul dan selalu menjaga kebersihan kulit. Jangan mudah menggaru kulit yang sedang gatal dengan kuat sehingga berdarah. Ini akan melambat proses penyembuhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul doktor, paling penting kebersihan kulit yang perlu dijaga.

      Delete
  2. Info sgt berguna.. Ank saya kna n kami x tau nk bg ubt apa dh sbb ulang alik ke klinik dh byk kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan,segera bawa anak puan jumpa pakar.. pihak hospital akan bagi ubat sapu untuk merawat dan memulih kembali. Jangan mudah menggaru kerana proses penyembuhan akan lambat pulih.

      Delete