Dear Diary..
Saya lupe nak kongsi..pada bulan lepas saya terkena jangkitan kulat..actually saya dah sakit ibu jari ni masa pergi bercuti ke PD..tapi masa tu ingatkan sakit kaki biasa je..so saya pun buat tak tahu jela..bermandi manda dengan ibu jari kaki yang berdarah jela masa tu...tak heran pun kan..tapi rupenya makin merebak jangkitan tu..ingatkan kaki kena cagu..huhu..rupa2nya kena jangkitan kulat..sampai 2 kali pergi hospital pun x elok2..last2 tunjuk kat bos dia kata pergi jumpa pakar..so buat appoinment kat hospital putrajaya,nasib baik petang tu jugak dapat jumpa pakar..ni gambaran luka kat kaki masa tu..
Sumber : knowyourmedicine.gov.my
JANGKITAN KULAT
Jangkitan kulat pada kulit biasanya berlaku pada tapak kaki, kemaluan, kulit kepala atau kuku.
TANDA-TANDA DAN SIMPTOM-SIMPTOM
ATHLETE’S FOOT (TINEA PEDIS)
Pada tapak kaki – pecah, gelembung, menggelupas di kawasan
antara ibu jari kaki, kemerahan dan kegatalan. Dalam kes yang lebih
teruk lagi, terdapat kulit yang lembab dan keputihan pada tapak kaki,
kulit yang pecah dan jari yang tebal dan sakit. Baunya juga tidak
menyenangkan.
FAKTOR PENYEBAB
ATHLETE’S FOOT (TINEA PEDIS)
Kulat membiak di bahagaian yang selalunya panas dan lembab
seperti bahagian antara jari kaki, kemaluan dan antara kulit yang
berlipat.
PENJAGAAN KENDIRI
ATHLETE’S FOOT (TINEA PEDIS)
· Pastikan kaki dan kasut kering, keringkan kaki sebelum memakai stokin dan kasut.
· Basuh kaki anda dengan sempurna dan rendam dua kali sehari ke dalam larutan pembersih.
· Pakai stokin kapas
· Keringkan bahagian di antara jari-jari
· Sapu krim atau bedak antifungal sehingga 4 minggu walaupun kesan jangkitan telah hilang
· Jangan gunakan krim steroid (hydrocortisone), mungkin jangkitan menjadi lebih teruk.
· Basuh dan keringkan bilik air selepas menggunakannya bagi mengelakkan penyebaran jangkitan
· Gunakan selipar yang diperbuat daripada getah dalam tandas, bilik air dan bilik mandi
RAWATAN
Antikulat digunakan untuk merawat jangkitan kulat. Bentuk
dos yang digunakan bergantung kepada jenis jangkitan sama ada ubat sapu
atau ubat makan. Antara antikulat yang biasa digunakan untuk rawatan
adalah:
· Fluconazole (Diflucan)
· Amphoterecin B – antikulat
yang lebih poten, bagi jangkitan yang lebih serius dan bagi rawatan
jangkitan yang telah resistan dengan antikulat yang lain
· Ketoconazole
· Itraconazole
· Terbinafine (Lamisil)
· Caspofungin
· Griseofulvin
HUBUNGI DOKTOR SEKIRANYA
- Bengkak, kemerahan dan nanah semakin banyak
- Krim atau bedak antifungal tidak menunjukkan sebarang perubahan terhadap simptom selepas 2 minggu, dan jika selepas 4 minggu tidak hilang kesemuanya.
- Pesakit yang dijangkiti adalah pesakit kencing manis
**sedikit info yang boleh membantu...sekarang ni kaki saya masih ada parut..tapi saya pn silap..ada on off makan ubat..so pada yang terkena jangkitan ni segera jumpa pakar sebab pakar boleh bagi ubat air warna kuning tu..